HUICHANG terpaksa memakai kasut buatan neneknya kerana sukar mencari kasut yang sesuai.
HUICHANG terpaksa memakai kasut buatan neneknya kerana sukar mencari kasut yang sesuai.
Agensi

Chengdu, China: Seorang lelaki menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan kaki kanannya membesar secara luar biasa.

Liu Huichang, 21, disahkan menghidap penyakit yang dikenali sebagai macrodactyly yang menyebabkan bahagian badan membesar.

Keadaan itu menyebabkan kakinya membesar sepanjang 43.18 sentimeter dan setebal 14 sentimeter.

Huichang yang bekerja di sebuah kilang di sini terpaksa berhenti kerja kerana sukar untuk bergerak.

Lelaki itu berkata, kakinya mula membesar sejak dia kecil lagi dan sejak itu ia tidak berhenti membesar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 7:15 AM