KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Polis
KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Polis
KETUA Biro HM Sabah, Mohd Razlan Salleh (kiri) meninjau keadaan Recqueal di Hospital Kota Belud.
KETUA Biro HM Sabah, Mohd Razlan Salleh (kiri) meninjau keadaan Recqueal di Hospital Kota Belud.
KEADAAN motosikal wartawan sambilan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Polis
KEADAAN motosikal wartawan sambilan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Polis
Junaidi Ladjana dan Mohd Ruzaini Zulkepli

Kota Belud: Wartawan sambilan Harian Metro cedera selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan kereta di Jalan Kota Belud-Tuaran berhampiran Bukit Kelawat, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.40 malam itu, Recqueal Raimi, 25, luka di tangan dan belakang badan akibat terhumban dan terseret di atas jalan raya.

Difahamkan, Recqueal dalam perjalanan pulang dari tugasan di Kota Belud ke Kiulu Tuaran.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan mangsa kini dirawat di Hospital Kota Belud.

"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.

"Penunggang motosikal cedera dan dirawat di Hospital Kota Belud manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Difahamkan,mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 1:20 AM