Oleh Mahaizura Abd Malik

Ampang: Jenazah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Bukit Permai 2 di sini, 12. 15 tengah hari tadi.

Majlis pengebumian berlangsung dalam cuaca mendung itu dihadiri kira-kira 700 sanak saudara dan kenalan.

Allahyarham meninggalkan dua balu dan 10 anak masing-masing berusia antara empat hingga 35 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Disember 2014 @ 1:17 PM