Mohamad Suria (kanan) dan Ahmad Nadzhan (tengah) berketika sidang media di APMM Wilayah Maritim Selatan, hari ini. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohamad Suria (kanan) dan Ahmad Nadzhan (tengah) berketika sidang media di APMM Wilayah Maritim Selatan, hari ini. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Dua nelayan Malaysia berusia 21 tahun yang diberikan pengampunan atas kesalahan menceroboh perairan Indonesia, selamat tiba di Jeti Tanjung Pengelih Pengerang, Kota Tinggi, kira kira 2.30 petang tadi.

Mohammad Suria Rahman selaku tekong bot dan awak awaknya, Ahmad Nadzhan Mohd Nadzri kemudian dibawa bertemu ahli keluarga masing masing di pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Wilayah, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, mereka dibebaskan dari Pulau Batam, Indonesia bersama bot mereka sebelum aset APMM mengiringi di sempadan perairan antarabangsa.

"Hari ini kita bertuah kerana kerajaan begitu prihatin dengan nasib yang menimpa nelayan berkenaan dan mereka dilepaskan selepas mendapat pengampunan Presiden Indonesia, Joko Widodo," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat APMM Wilayah Selatan di sini hari ini.

Terdahulu, hasil rundingan kerajaan, tiga rakan mereka, Mohd Salleh Rahman, 32, Norul Azhar Mohd Nor, 40, dan Mohammad Sani Mohd Soad, 37, yang menaiki bot sama, dibebaskan pada 17 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 6:52 PM