Sering kita dengar sikap seseorang melebihi daripada artis yang dijaga­nya. Tidak kiralah dia pengurus, suami, isteri atau pembantu peri­badi seseorang artis itu, masalah seperti ini ke­rap berlaku.

Apa yang berlaku turut dialami oleh rakan SS di mana baru-baru ini, dia menghadiri sebuah majlis agak bengang dengan sikap pengurus seorang artis popular.

Kata teman SS, sebelum ini dia sudah mendengar mengenai sikap pengurus itu, namun tidak ambil pusing kerana menganggap itu mungkin salah faham.

Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, barulah dia percaya apa yang diperkatakan ramai pihak me­ngenai pengurus ini, semuanya memang benar belaka.

Pengurus ini bukanlah sombong, ramahnya kadang­kala terlebih-lebih pula. Namun dalam pada ramah, dia terlupa adab ketika berbicara.

Kisahnya, apabila teman SS ini sedang menemu bual seorang artis, kebetulan di ada di situ. Pada mulanya teman SS tidak kisah kalau dia hendak dengar sama.

Namun yang jadi tidak enaknya, apabila orang lain yang ditanya, dia pula yang sibuk-sibuk mahu menjawab setiap soalan diajukan.

Mula-mula dia sibuk menjawab soalan serentak dengan orang yang ditanya, lama-lama dia syok pula menyanyi di situ tanpa menyedari itu adalah sesi temu bual untuk wartawan menulis berita dan bukanlah sembang kosong semata-mata.

Kata teman SS itu, hati­nya menyirap rasa hendak maki saja pengurus itu yang kelihatan seperti orang tiada akal.

Mujurlah temu bual yang dilakukan tidak lama. Selesai saja menemu bual, teman SS terus angkat kaki kerana meluat dan menyirap melihat perlakuannya yang sa­ngat tiada adab.

SS: Budi bahasa budaya kita, adab sentiasalah dijaga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Disember 2014 @ 5:00 AM