WINCCI menunjukkan kepakaran memasak dalam bengkel kulinari baru-baru ini.
WINCCI menunjukkan kepakaran memasak dalam bengkel kulinari baru-baru ini.
Siti Zarinah Sahib

Bagi meningkatkan minat orang ramai dalam bidang kulinari, Carnation me­ngadakan bengkel masakan eksklusif dengan memaparkan cef selebriti dan duta jenamanya, Soo Wincci di Tesco Mutiara Damansara baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung sempena peraduan Carnation Go Gourmet Korea bersama Soo Wincci, menampilkan tiga resipi enak menyelerakan dengan Krimer Sejat Carnation.

Sebagai pelengkap hida­ngan sempurna untuk menyediakan sajian enak dengan lebih mudah, bengkel masakan ini dilihat dapat meningkatkan minat ramai untuk mempelajari selok-belok bidang kulinari seterusnya mencuba cara ‘pantas dan mudah’ di dapur.

Mengenai resipi yang dihasilkan bersama Carnation, menurut Wincci resipi yang dikongsi dalam bengkel masakan ini dicipta untuk sesiapa saja yang gemar memasak setiap hari dan mahu menyediakan sajian enak dengan mudah.

“Untuk menjadikan Piza Omelet Mewah, lebih gebu dan lazat rahsia dapur saya dengan hanya menambah Krimer Sejat Carnation semasa menyediakannya. Selain itu, Wantan Pai Epal dan Milkshake Avokado Kacang Adzuki adalah dua ciptaan gastronomi yang jelas menyerlahkan keharmonian pelbagai rasa hebat digabungkan di dalam resipi mudah.

“Sebanyak 12 resipi ciptaan Carnation tersedia untuk dicuba oleh semua. Saya berharap resipi ini akan menjadi sebahagian daripada hida­ngan harian yang digemari semua,” katanya.

Memberi komen mengenai kolaborasi dengan Soo Wincci, menurut Pengurus Pemasaran Kanan F&N Dairies Eileen Chan, menyediakan masakan enak dan mudah dengan rasa yang konsisten menjadi teras utama Carnation.

“Wincci membuktikan sesiapa saja boleh memasak dengan mahir menggunakan Carnation sebagai bahan ramuan yang sentiasa menepati cita rasa. Kami berharap krimer sejat ini akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia mencuba pelbagai resipi dalam menyediakan hidangan lazat di rumah yang dapat menambat hati keluarga tersayang,” katanya.

Peminat Carnation juga berpeluang menikmati percutian hebat di Korea bersama Soo Wincci.

Dengan hanya mengambil bahagian dalam peraduan Carnation Go Gourmet Korea bersama Soo Wincci, 10 pemenang akan menikmati Kumpulan Pakej Percutian l5H/3M untuk dua orang. Hadiah menarik yang lain termasuklah 15 telefon pintar Samsung dan 150 barangan edisi terhad Carnation.

Baru-baru ini juga, Krimer Sejat Carnation melancarkan label tin barunya yang boleh didapati di semua pasar raya besar dan kedai runcit. Untuk maklumat lanjut mengenai Carnation sila layari www.fndairies.com.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 12:15 PM