Sudirman Mohd Tahir


Tahun keempat bergelar suami isteri memberikan pengalaman berharga buat pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Sepanjang tempoh itu, banyak perkara dilalui yang mengajar mereka erti kesabaran dalam menjalani bahtera rumah tangga.

Ditambah dengan kehadiran si comel, Lara Alana yang kini berusia setahun 11 bulan, menjadikan Awal dan Scha lebih bahagia. Sempena kehadiran Ramadan tahun ini, Scha, 33, mengakui tidak sabar untuk membawa Lara ke bazar Ramadan.

“Tahun lalu kami tidak berpeluang membawa Lara ke bazar Ramadan kerana dia masih kecil. Tahun ini apabila dia sudah besar sedikit perkara itu kami boleh lakukan. Walaupun mengetahui dia tidak akan duduk diam tetapi ia pasti memberi pengalaman berbeza.

“Selain itu, saya dan suami juga tak sabar membawa Lara berbuka puasa bersama. Apa yang saya perasan, kalau berada di meja makan dia akan duduk diam. Jadi, kami tidak perlu risau mengenai itu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 7:45 AM