A Thaiveegan (kanan) beramah mesra dengan suri rumah ketika menghadiri Program Mutiara Amanita dan Pencegahan Jenayah Peringkat Kontinjen. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
A Thaiveegan (kanan) beramah mesra dengan suri rumah ketika menghadiri Program Mutiara Amanita dan Pencegahan Jenayah Peringkat Kontinjen. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Polis Pulau Pinang menyarankan agar wanita terutama surirumah menjadi pemberi maklumat kepada polis sekiranya berlaku kejadian jenayah di kawasan rumah kediaman mereka.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A Thaiweegan berkata, saranan itu dibuat agar kaum ibu lebih berani dalam membantu polis mencegah jenayah yang berlaku ketika berada di rumah.

Beliau berkata, keprihatinan dan rasa bertangungjawab komuniti setempat mampu membantu polis bertindak dengan cepat dan pantas.

Katanya dalam menjaga keharmonian ketenteraman awam golongan ibu bukan saja menjalankan tugas sebagai isteri, ibu, kakak dan kawan tetapi sama-sama berganding bahu membantu pihak polis.

"Saya yakin kesedaran ini mampu jadi titik mula untuk kaum ibu untuk turut sama membantu pihak polis dengan menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan apa juga maklumat kes jenayah.

"Kaum ibu juga mampu mendidik anak dengan memberitahu betapa pentingnya keselamatan bukan hanya pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat," katanya ketika menghadiri program Mutiara Amanita Dan Pencegahan Jenayah Peringkat Kontinjen Polis Pulau Pinang di Flat PPR Jalan Sungai, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 3:05 PM