GAMBAR hiasan, pemandu teksi motosikal Uber di Bangkok.
GAMBAR hiasan, pemandu teksi motosikal Uber di Bangkok.

Bangkok: Thailand mengarahkan Uber Technologies dan Grab menghentikan khidmat teksi motosikal mereka.

Data kerajaan menunjukkan, terdapat lebih 186,000 motosikal berdaftar untuk menyediakan perkhidmatan mengangkut penumpang di Thailand, hampir separuh daripadanya di Bangkok.

Perkhidmatan UberMoto dan Grab Bike mencetuskan konflik dengan perkhidmatan yang berdaftar, kata pegawai kanan Kementerian Pengangkutan, Nunthapong Cherdchoo.

Grab Bike berkata, ia kini bekerjasama dengan kerajaan untuk menyelesaikan isu berkenaan sementara UberMoto mengumumkan penggantungan sementara perkhidmatan mereka.

“Grab Bike menawarkan perkhidmatan yang mengurangkan kesesakan di Bangkok, antara bandar raya paling sesak di dunia. Kakitangan kami terlatih dan dilindungi insurans,” menurut kenyataan Grab yang berpejabat di Singapura.

Jurucakap Uber Asia-Pasifik pula berkata, tindakan menggantung sementara perkhidmatan mereka selepas memulakannya di Bangkok Februari lalu ialah kerana menghormati undang-undang Thai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 10:24 AM