BADRODIN
BADRODIN

Jakarta: Laporan yang menyatakan khidmat Ketua Polis Kebangsaan Jeneral Badrodin Haiti dilanjutkan mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Indonesia.

Bagi mereka yang setia kepada Badrodin berkata, pasukan itu semakin kukuh di bawah ketua polis itu sementara pengkritiknya berkata, perubahan pucuk kepimpinan perlu menjadi keutamaan pasukan polis.

Badrodin, 57, dilantik memegang jawatan berkenaan April lalu untuk menggantikan Budi Gunawan yang menjadi suspek rasuah.

Badrodin akan mencecah umur persaraan Julai depan.

Khabar angin semakin tersebar mengenai kemungkinan Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang berkuasa melantik ketua polis negara itu akan melanjutkan khidmat Badrodin.

Anggota Parlimen, Masinton Pasaribu berkata, Jokowi boleh melanjutkan khidmat Badrodin sekiranya kemahirannya memang tidak boleh diganti dan tidak ada orang lain yang layak mengambil alih tempatnya.

“Tidak perlu tergesa-gesa untuk melanjutkan khidmatnya,” kata tokoh politik dari Parti Demokraktik Indonesia - Perjuangan (PDI-P) itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 10:21 AM