Selain, notebook, Predator 17 yang ditampilkan pada next@acer, syarikat Taiwan itu turut memperkenalkan ‘killer product’ dalam rangkaian perkakasan permainan videonya iaitu desktop Predator G1.

Generasi ketiga dalam keluarga dekstop Predator ini menampilkan kelainan dari segi pengguna iaitu boleh dikongfigurasikan sistem pencahayaan yang dikeluarkan pada desktop ini dan juga papan kekunci apabila ia menyala, sekali gus menjadikan peranti ini eksklusif kepada pemiliknya.

Tambahan pula, dua tempat penyangkut yang dipasang siap pada bahagian kiri dan kanan dekstop itu juga melengkap–kan keperluan pengguna untuk menyangkut fon kepala dan topeng realiti maya (VR).

SPESIFIKASI:

Predator G1

Sistem operasi: Window 10

Skrin: 17.3”, FHD 1920x1080, IPS, G-SYNC pilihan 4K 3840x2160 IPS, G-SYNC

Prosesor: 6 Gen Intel Core

Memori: sehingga 64 GB

Grafik: saiz penuh NVIDIA GeForce GTX sehingga ke Titan X

Penstoran: 3.5 HDD: sehingga 4TB M.2 SSD hingga 512 GB 2.5” HDD

Dimensi: 114x348x418 mm

Audio: Creative Sound Blaster X-Fi MB5 dan EAX 5.0 7.1- channel surround sound intergrated HD audio

Input/output: Pembaca kad SD USB 3.1 Type-C port Gen2 (sehingga 10GB/s) 5x USB 3.1 Gen 1 ports, set fon kepala dan jek mikrofon Audio-in/out ports, GigabtEthernet port

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 5:36 AM