GAMBAR fail, seorang wanita Iran mengundi di Teheran, minggu lalu.
GAMBAR fail, seorang wanita Iran mengundi di Teheran, minggu lalu.

Teheran: Parlimen Iran akan mempunyai lebih ramai wanita berbanding ulama apabila anggotanya mengangkat sumpah bulan ini.

Ini kali pertama keadaan seumpama itu berlaku di republik Islam berkenaan dan bukti peredaran politik negara itu.

Keputusan rasmi pilihan raya yang diadakan minggu lalu menunjukkan golongan pembaharuan dan sederhana yang bersekutu dengan Presiden Hassan Rouhani mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen pusingan kedua.

Keputusan itu menunjukkan jumlah mereka mengatasi calon konservatif, dengan 17 wanita akan menjadi anggota Parlimen, lebih satu berbanding bilangan ulama.

Parlimen negara itu mempunyai 290 kerusi.

Pada Parlimen pertama selepas revolusi Islam pada 1979, seramai 164 ulama terpilih. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2016 @ 11:12 AM