Sua Ah Kau, 74, dan Poh Ren Jow, 68, yang diselamatkan bomba selepas tersesat dalam hutan di Ayer Keroh, malam tadi. - Foto Ihsan Bomba
Sua Ah Kau, 74, dan Poh Ren Jow, 68, yang diselamatkan bomba selepas tersesat dalam hutan di Ayer Keroh, malam tadi. - Foto Ihsan Bomba
Nur Saliawati Salberi

my

Melaka: Dua lelaki warga emas ditemui selamat selepas tersesat lebih tiga jam dalam hutan kecil di puncak bukit berhampiran tangki air Taman Muzaffar Shah, Ayer Keroh, di sini,malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Sua Ah Kau, 74, dan Poh Ren Jow, 68, gagal menemui jalan turun selepas tiba di puncak.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Dzulkarnain Abd Halim berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.53 malam, sebuah jentera bomba bersama lapan anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

"Memandangkan mangsa adalah warga emas dan bimbang perkara buruk berlaku pasukan bomba bergerak pantas dengan keadaan jalan berbukit serta curam.

"Mangsa berjaya ditemui selepas 50 minit dalam keadaan lemah serta kehausan kira-kira dua kilometer dari kaki bukit dan selamat dibawa keluar pada jam 10.30 malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 5:35 PM