SEBAHAGIAN alumni Mozac yang mengambil bahagian dalam acara bola jaring.
SEBAHAGIAN alumni Mozac yang mengambil bahagian dalam acara bola jaring.

Melaka: Lebih 80 bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Mozac) tampil menyertai Karnival Sukan Alumni yang diadakan di sekolah berkenaan di Ayer Keroh baru-baru ini.

Penyelaras program Azmar Abd Hamid berkata, antara sukan yang dipertandingkan ialah bola tampar, bola keranjang dan badminton.

Katanya, Ketua Menteri Datuk Seri Ir Idris Haron yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan turut hadir dan menyertai aktiviti sukan bersama rakan persekolahannya.

Menurutnya, kehadiran Idris turut memberi impak besar terhadap program yang dilaksanakan selain membakar semangat warga sekolah untuk berjaya dalam sukan dan akademik.

Beliau berkata, Idris yang juga bekas pemain ragbi dan kriket Mozac juga aktif dalam pelbagai aktiviti sukan sepanjang menuntut di sekolah berkenaan.

“Antara kejayaan beliau ialah membantu sekolah muncul juara kriket peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 1983 sekali gus menjadi antara rekod pencapaian terbaik Mozac dalam bidang sukan.

“Kami akan terus mengatur pelbagai program untuk menyokong gaya hidup sihat dan melahirkan pemimpin masa depan yang gemilang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 8:12 AM