MOHD Dzuraidi (kanan) menunjukkan dadah disyaki syabu yang dirampas. FOTO Mohd Fadly Samsudin
MOHD Dzuraidi (kanan) menunjukkan dadah disyaki syabu yang dirampas. FOTO Mohd Fadly Samsudin
Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) merampas lebih 20 kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM3.2 juta selepas menahan seorang lelaki warga Nigeria di Bukit Mahkota Cheras, 2.30 petang semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik II, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas 21 bungkus dadah disembunyikan dalam 11 alat penyaman udara.

"Suspek berusia 27 tahun itu dikesan mengimport alat penyaman udara ini dari China menggunakan khidmat penghantaran kurier.

"Pihak kami turut membuat satu lagi serbuan di kawasan sama namun tiada rampasan dan tangkapan dilakukan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Beliau berkata, suspek ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 3:27 PM