TOMLINSON (dua kiri) ketika ONE Direction menang Artis Terbaik American Music Awards 2015 di Los Angeles.
TOMLINSON (dua kiri) ketika ONE Direction menang Artis Terbaik American Music Awards 2015 di Los Angeles.
Susunan Michelle Gun


Kuala Lumpur: Sepupu kepada bekas kekasih anggota One Direction, Ashley Jessica mendakwa tidak menyedari Louis Tomlinson sebenarnya penyanyi terkenal.

Daily Mail melaporkan Jessica memberitahu majalah Now dia dan sepupunya, Briana Jungwirth, 24, berkenalan dengan Tomlinson di kelab malam pada Januari tahun lalu.

"Sejujurnya, kami tidak tahu siapa sebenarnya Tomlinson dan hanya mengetahui seorang anggota One Direction iaitu Harry Styles," katanya ketika mengulas tuduhan peminat terhadap Jungwirth sengaja memerangkap Tomlinson.

Menurut wanita itu, selepas Jungwirth disahkan mengandung, pasangan berkenaan berusaha mengukuhkan hubungan mereka namun gagal.

Pada Januari lalu, Jungwirth melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Freddie Reign.

Bagaimanapun, timbul pelbagai teori pelik mengenai anak Tomlinson dan Jungwirth kerana ada peminat mendakwa bayi itu sebenarnya tidak wujud.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 6:06 PM