Apabila usahawan me­ngeluarkan produk baru, pelbagai cara dilakukan termasuk memanggil media untuk membantu mempromosikan produk itu kepada orang ramai.

Sudah penat menghasilkan produk, usahawan mana tidak mahu perniagaan mereka laris.

Namun lain pula bagi seorang selebriti tanah air yang menggunakan strategi pemasaran berbeza dengan usahawan lain.

Khabarnya selebriti ini mengeluarkan produk baru dan mengadakan sidang media untuk meuar-uarkan mengenainya.

Apa yang mengejut­kan, selebriti itu dikatakan enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai produknya ketika sesi temu bual dengan media.

Wartawan pun hairan tujuan sebenar selebriti itu menganjurkan sidang media. Biarpun produk itu belum dipasarkan lagi, tetapi peminat sudah tentu ingin tahu mengenainya.

SS pun hairan apabila mendengar kisah itu. Buat apa menganjurkan sidang media kalau belum sedia mempromosikan produk baru.

Mungkin selebriti itu ada alasan tersendiri untuk tidak terlalu mendedahkan mengenai produknya. SS cuma berharap selebriti terbabit lebih serius pada masa akan datang dan tidak menyusahkan pelbagai pihak.

SS: Tak suka artis perempuan yang selekeh hadir majlis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Disember 2014 @ 5:00 AM