KEDIAMAN yang dijilat api petang tadi.
KEDIAMAN yang dijilat api petang tadi.
MANGSA yang ditempatkan di Balairaya Kampung Sungai Rinting C Masai.
MANGSA yang ditempatkan di Balairaya Kampung Sungai Rinting C Masai.
Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Pasir Gudang: Seramai 16 keluarga di Kampung Sungai Rinting C Taman Rinting Masai di sini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman setinggan yang dihuni musnah dijilat api dalam kejadian kira kira 3 petang tadi.

Seorang daripada mangsa, Aripin Arun, 13, yang sedang leka bermain telefon bimbitnya tersedar selepas terdengar hingar di luar rumah.

"Saya bangun dan melihat ada orang berlari dan menjerit memberitahu rumah terbakar dan saya mendapati rumah jiran belakang sedang marak dijilat api.

"Saya pergi bilik tidur mengambil kad pengenalan saya dan adik beradik lain serta ibu dan selepas itu saya bergegas ke dapur mengangkat gas seberat 14 kilogram.

"Saya hanya berfikir jika gas itu dibiarkan ia akan meletup dan memusnahkan rumah kami dan jiran lain," katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Aripin ditemui di Balairaya Kampung Sungai Rinting C di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 8:17 PM