FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

 

Sri Aman: Seorang lelaki dan dua wanita maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di Kilometer 63, Jalan Sri Aman-Sarikei di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kereta dinaiki, manakala pemandu lori serta kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Sherrine Ben, Madelina Mustardi dan Shamuel Vincent, masing-masing 20 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong mengambil masa kira-kira 50 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 9:52 AM