Anggota komando yang diselamatkan penduduk daripada lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan semalam. - Foto Ihsan Pembaca/Fail
Anggota komando yang diselamatkan penduduk daripada lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan semalam. - Foto Ihsan Pembaca/Fail
BERNAMA

Melaka: Polis masih menyiasat kejadian seorang anggota komando ditemui dengan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, polis sudah menerima laporan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

Beliau meminta kerjasama pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu polis.

Semalam, seorang anggota komando berpangkat koperal dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang di sini, ditemui dalam sungai itu oleh penduduk dalam keadaan tangan kanan bergari pada kaki kiri serta mukanya cedera teruk.

Mangsa dilaporkan ditemui penduduk kampung dalam sungai itu dan berjaya diselamatkan daripada mati lemas dan kemudian menghubungi polis.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 April 2016 @ 8:51 PM