AKPK

Tips Kewangan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Malaysia (AKPK)

1) Fikir jangka masa panjang. Di mana anda mahu kedudukan kewangan anda berada dalam tempoh 5, 10, atau 40 tahun? Jika anda sentiasa fokus pada apa yang anda mahu sekarang, maka masa depan kewangan anda dalam keadaan bahaya.

2) Jangan hidup bagai selebriti sedangkan anda hanya mempunyai pendapatan yang sederhana. Hadapinya. Sebagai seorang profesional muda, anda bukan menjana pendapatan enam angka. Hidup dan berbelanjalah berdasarkan fakta itu. Belajar untuk membezakan antara ‘kehendak’ dan ‘keperluan.’ Berbelanja untuk keperluan dahulu dan jika anda mempunyai baki selepas berbelanja dan menyimpan, maka anda boleh berbelanja untuk memenuhi ‘kehendak.’

3) Mewujudkan belanjawan dan pantau selalu. Ini penting untuk mempunyai kejayaan kewangan dalam kehidupan. Anda dengan mudah boleh menentukan dan menjejaki belanjawan dengan menggunakan Mint.com (laman sesawang percuma dan aplikasi*) atau perkhidmatan lain untuk menjejaki perbelanjaan anda

4) Bayar semua hutang yang tidak perlu. Sukar untuk menyimpan wang apabila kesemua pendapatan tambahan digunakan untuk membayar hutang. Jika anda dibebani dengan hutang yang kadar faedahnya tinggi, teruskan membayar sehingga hutang itu selesai. Sebaik sahaja ia selesai, anda akan mempunyai wang lebihan untuk memulakan simpanan demi matlamat masa depan.

5) Elakkan dari menambah hutang yang tidak perlu. Sebagai panduan umum, jika anda tidak mempunyai wang, jangan berbelanja. Nampak mudah, bukan? Hutang yang paling teruk adalah hutang kad kredit. Bukan sahaja boleh merosakkan rekod kredit anda, ia boleh menjadi berlipat kali ganda malah hutang menjadi lebih banyak jika tidak berhati-hati.

6) Tetapkan matlamat kewangan dan simpan untuk masa depan anda. Fikirkan apa yang anda mahu untuk masa depan kewangan anda, dan tentukan cara bagaimana untuk mencapainya. Tulis matlamat anda dan letakkan ia ditempat yang membolehkan anda mengingatinya setiap masa.

7) Simpan untuk persaraan. Persaraan ialah matlamat kewangan yang umum. Jika anda ingin persaraan itu berlaku, penting untuk merancang kearah itu. Anda tidak akan bangun dari tidur bila berusia 65 tahun dengan wang penuh di tangan melainkan anda mempunyai perancangan yang baik atau bernasib baik. Untuk ibu bapa muda, simpanan persaraan terbaik ialah KWSP. Menyediakan draf automatik ialah jalan terbaik bagi memastikan ia berlaku.

8) Cari kawan yang mempunyai prinsip kewangan seperti anda. Kawan mempunyai pengaruh kuat ke atas perlakuan kita secara tidak langsung. Oleh yang demikian carilah kawan yang mempunyai matlamat kewangan.

9) Mulakan segera. Masa di pihak anda. Ia lebih mudah untuk melaksanakan tabiat simpanan di usia muda. Faedah kompaun juga dapat membantu menjana lebih banyak pertumbuhan dalam akaun pelaburan anda sepanjang masa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 6:53 AM