Operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas diteruskan pagi tadi. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas diteruskan pagi tadi. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Zuliaty Zulkiffli


Padang Terap: Operasi mencari remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pusat Rekreasi Pengkalan Tok Mas, di sini diteruskan bermula 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, lima buah bot digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan dua daripada polis, dua dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang dan sebuah dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Padang Terap.

Katanya, operasi pencarian diluaskan sehingga sembilan kilometer dari lokasi mangsa, Mohd Firdaus Abu Bakar, 18,dilaporkan terjatuh.

"Operasi mencari mangsa bermula sejak jam 5 petang semalam dan kini operasi mencarinya sudah kira-kira 18 jam namun gagal mengesannya.

"Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani dan anggota Polis Marin dari Pulau Pinang turut membantu untuk mencari mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 12:21 PM