TERIMA hakikat masih kurang dikenali tapi tekad beri lakonan berkualiti.
TERIMA hakikat masih kurang dikenali tapi tekad beri lakonan berkualiti.
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Pelakon baru yang sedang meningkat naik ini tidak malu menceritakan dia bermula sebagai pelakon tambahan atau ‘pak pacak’ sejak berusia 16 tahun.

Sepanjang dua tahun terbabit dalam bidang itu, Redza Rosli, 24, menimba banyak pengalaman dan selok-belok dunia lakonan.

Namun, selepas itu Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli mengambil keputusan berehat selama empat tahun bagi menyambung pengajiannya di Kolej SeGi dalam bidang Rekaan Dalaman.

“Selepas habis belajar, saya meneruskan minat dalam bidang lakonan. Saya bersyukur apabila pihak stesen TV dan penerbit masih memberi kepercayaan.

“Saya mulai diberikan pelbagai watak. Dari situ, saya belajar banyak perkara terutama teknik lakonan. Saya juga tidak berhenti menimba ilmu lakonan setiap kali berlakon dalam drama atau telefilem.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 6:26 AM