RAKAMAN menunjukkan detik Dimassimo cuba menyerang Trump.
RAKAMAN menunjukkan detik Dimassimo cuba menyerang Trump.

Ohio (Amerika Syarikat): Seorang lelaki cuba memanjat pentas dan membaling objek ke arah Donald Trump ketika calon Republikan itu berucap di hadapan orang ramai di Ohio.

Lelaki terbabit, dikenal pasti sebagai Thomas Dimassimo, 32, bagaimanapun berjaya dihalang empat anggota Perkhidmatan Rahsia sebelum diiring keluar.

Trump yang nampak terkejut dengan kejadian itu berkata: “Terima kasih kerana memberi amaran. Saya bersedia berdepan dengannya, tetapi lebih eloklah jika polis yang melakukannya, bukan?”

Dimassimo kini berdepan tuduhan kerana menyerang Trump.

Dimassimo dilaporkan pelakon yang memainkan watak sampingan dalam siri televisyen ketika kecil.

Dia kerap dilihat menghadiri acara protes dan dipercayai penyokong calon demokratik, Bernie Sanders berdasarkan akaun media sosialnya.

Perhimpunan Trump di Chicago lewat kelmarin dibatalkan selepas berakhir dengan kekacauan.

Sementara itu, Trump dalam ucapannya semalam Dia menyalahkan kepemimpinan Presiden Barack Obama sebagai punca pecah belah rakyat Amerika selain menyelar sempadan negara itu yang terlalu mudah ditembusi.

Saingan Trump mengkritik kekacauan di Chicago sebagai bukti kesan negatif kempen pilihan raya bilionair itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2016 @ 7:35 AM