PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ketika tiba di majlis perasmian Program Sejiwa Senada 2016 Saratok. FOTO Khairull Azry Abidin
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ketika tiba di majlis perasmian Program Sejiwa Senada 2016 Saratok. FOTO Khairull Azry Abidin
Shamran Sarahan


Saratok: Konsep Sejiwa Senada yang digunakan Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan hubungan dengan rakyat, wajar diterjemahkan dalam mengukuhkan hubungan kerajaan negeri dan Pusat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sekiranya kerajaan negeri dan Pusat berpegang kepada prinsip itu, ia berupaya membentuk persefahaman yang lebih utuh bagi menjamin kestabilan politik.

Beliau berkata, hubungan akrab itu juga akan memudahkan segala rundingan dan keputusan yang hendak dilakukan bersama kerajaan Pusat.

"Konsep Sejiwa Senada bukan saja perlu diaplikasikan antara rakyat dan rakyat, sebaliknya kerajaan negeri juga perlu Sejiwa Senada dengan Kerajaan Pusat, barulah wujud persefahaman.

"Dalam pada itu, kerajaan juga hanya akan berunding dengan barisan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, kita hanya berunding dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan masa depan Sarawak lebih terjamin," katanya ketika berucap sempena Program Sejiwa Senada di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, Menteri Pemb angunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan Timbalannya Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 12:37 PM