AHMAd Razif (tengah) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee (dua kanan); Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Zubir Embong (kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Datuk Osman Muda (tiga kiri) merasmikan Majlis Pra Pelancaran Beautiful Terengganu 2016. FOTO Mohd Syafiq Ambak

Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Seramai 4.7 juta pelancong direkodkan melawat Terengganu pada tahun lalu berbanding 4.5 juta orang pada 2014.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia menunjukkan peningkatan pelancong sebanyak 213,913 orang atau 4.7 peratus yang berkunjung ke Terengganu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 3.9 juta adalah pelancong domestik manakala 850,000 orang lagi adalah pelancong luar negara.

"Sebanyak RM4.65 bilion hasil perbelanjaan diperoleh tahun lalu berbanding RM4.52 bilion pada 2014.

"Malah, berdasarkan rekod, Tasik Kenyir menerima jumlah pelancong tertinggi iaitu 706,222 orang diikuti Pulau Redang (326,269 orang), Hutan Rekreasi (211,659 orang) dan Pulau Perhentian (152,195 orang)," katanya ketika berucap dalam Majlis Pra Pelancaran Beautiful Terengganu 2016 di Tingkat U2, Dewan Undangan Negeri Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Beautiful Terengganu akan diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru selama lima hari bermula 23 Mac depan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 9:10 PM