Anggota bomba berusaha membebaskan burung kakak tua yang tersangkut pada pokok dan Mohd Fauzi (kanan) bersama kakak tua jantan yang diselamatkan manakala kakak tua betina di atas bahu seorang lagi anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba berusaha membebaskan burung kakak tua yang tersangkut pada pokok dan Mohd Fauzi (kanan) bersama kakak tua jantan yang diselamatkan manakala kakak tua betina di atas bahu seorang lagi anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Anggota bomba terpaksa memanjat pokok setinggi 15 meter menggunakan tangga panjang bagi melepaskan burung kakak tua jantan milik seorang penduduk yang tersangkut di atas pokok di Taman Tasek Damai, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 5.11 petang , burung jenis Tapio dari Bolivia yang berharga RM8,000 itu, tersangkut di atas pokok apabila gegelang besi pada kaki burung berkenaan tersangkut pada dahan.

Bomba turut membantu pemilik burung itu, S Chantri, memujuk haiwan peliharaan berkenaan untuk pulang ke rumah pemiliknya.

Usaha memujuk memakan masa dua jam menggunakan kakak tua betina jenis sama milik Chantri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh Mohd Fauzi Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.11 petang dan lima anggota yang tiba di tempat kejadian kemudian mendapati burung itu tersangkut di atas pokok berkenaan berdekatan rumah pemiliknya.

"Burung itu tersangkut pada dahan pokok dengan ketinggian 15 meter selepas gegelang pada kakinya tersangkut pada dahan berkenaan.

"Anggota bomba terpaksa memanjat pokok menggunakan tangga dan memotong dahan berkenaan, namun sebaik dahan dipotong burung itu terbang ke atas bumbung rumah berdekatan.

"Kami kemudian membantu pemilik burung berkenaan naik ke atas bumbung menggunakan tangga kecil bagi membolehkan pemilik itu memujuk kerana hanya dia yang boleh berbuat demikian.

"Proses memujuk turut menggunakan seekor lagi kakak tua betina jenis yang sama," katanya di sini hari ini.

Kerterangan gambar:

Pix 1: BOMBA berusaha membebaskan burung kakak tua yang tersangkut pada pokok.

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 2:38 PM