Kini sering berlaku kejadian orang ramai terlupa tempat parkir kereta masing-masing terutama pengunjung pusat beli-belah kerana faktor kotak dan tingkat parkir yang banyak sekali gus mendorong kekeliruan orang awam.

Malah, terdapat juga individu yang mengambil ringan perkara ini selain ada yang terlupa mencatatkan label parkir mahupun menggunakan kaedah menangkap gambar seperti trend masa ini.

Bagi mengelak masalah terbabit daripada berulang, anda boleh memuat turun aplikasi Find My Car for Android Wear yang membantu pengguna menunjukkan kedudukan kenderaan masing-masing.

Pengguna hanya perlu membuka GPS agar aplikasi ini dapat mengenal pasti lokasi tepat kenderaan anda.

Dengan sokongan penuh Android Wear untuk kedua-dua jenis jam tangan pintar iaitu segi empat tepat dan bulat yang boleh dikawal hanya pada pergelangan tangan, ia mempunyai ciri-ciri ringkas termasuk mengambil gambar lokasi tempat letak kereta, tetapan masa parkir bermeter dan mencatat butiran tingkat parkir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2016 @ 5:06 AM