SHAFIEN menunjukkan banrangan yang dirampas. FOTO Roslin Mat Tahir
SHAFIEN menunjukkan banrangan yang dirampas. FOTO Roslin Mat Tahir
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Shah Alam: Polis menumpaskan Geng Min yang aktif melakukan jenayah pecah rumah sekitar Shah Alam dan Klang dengan tertangkapnya empat individu, 10 dan 11 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis menahan dua lelaki berusia 26 dan 29 tahun pada 10 Februari selepas dilihat memandu kereta dalam keadaan mencurigakan di Persiaran Selangor, Seksyen 16 pada 2.30 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek menemui tiga beg yang mempunyai pelbagai barang kemas, komputer riba dan telefon bimbit.

"Susulan daripada itu, pasukan khas ditubuhkan dan menahan sepasang kekasih Indonesia berusia 25 dan 39 tahun di rumah di Seri Andalas, Klang keesokannya.

"Di rumah berkenan, polis merampas sejumlah barang kemas yang dipercayai hasil pecah rumah yang masih belum digadaikan," katanya dalam sidang media di IPD Shah Alam, di sini, hari ini.

Shafien berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 4:35 PM