BOMBA berusaha memadamkan kebakaran empat gerai di Pasar Wakaf Che Yeh. FOTO ihsan Bomba
BOMBA berusaha memadamkan kebakaran empat gerai di Pasar Wakaf Che Yeh. FOTO ihsan Bomba
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Empat peniaga kerugian lebih RM250,000 selepas gerai mereka di Pasar Wakaf Che Yeh musnah dalam kebakaran, 8 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Darulnaim, Wan Shahrir Azizi Wan Said berkata, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas daripada satu kedai berkenaan.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.20 pagi dan sebuah jentera membawa tujuh anggota dari balai Darulnaim bergegas ke lokasi kejadian.

"Kita dapat mengawal api dalam masa 12 minit dan mendapati empat gerai terbakar manakala 12 gerai serta pasaraya berdekatan dapat diselamatkan.

"Anggaran kerugian lebih RM250,000 dan kita dapat menyelamatkan RM12 juta," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2016 @ 12:58 PM