Anggota bomba mengangkat mayat Lizawati Abdullah, 37, dalam tali air. - Foto ZULIATY ZULKIFLI
Anggota bomba mengangkat mayat Lizawati Abdullah, 37, dalam tali air. - Foto ZULIATY ZULKIFLI
Kereta Proton Saga yang tenggelam dalam tali air di Lana Bulu tarik naik petang ini, kira-kira lapan jam selepas kenderaan itu terjunam. - Foto ZULIATY ZULKIFLI
Kereta Proton Saga yang tenggelam dalam tali air di Lana Bulu tarik naik petang ini, kira-kira lapan jam selepas kenderaan itu terjunam. - Foto ZULIATY ZULKIFLI

Alor Setar: Wanita yang lemas selepas keretanya terbabas ke dalam tali air di Jalan Kampung Pida 6, Ayer Hitam, Jitra, pagi tadi, cuba cuba melarikan diri daripada polis yang mengejar.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abdul Rahim Abdul berkata, kejadian berlaku pada 3.15 pagi ketika mangsa yang berumur 37 tahun memandu kereta bersama seorang lelaki berumur 46 tahun.

"Mangsa sedang menghala arah Pekan Kerpan, Jitra, selepas dikejar pihak polis apabila keretanya terbabas dan terhumban ke dalam tali air. Kedua-duanya berjaya keluar dari kereta manakala suspek lelaki yang cuba melarikan diri dengan berenang ke seberang sungai, berjaya ditahan tidak jauh dari tempat kejadian.

"Suspek wanita itu tidak berjaya menyelamatkan diri lalu lemas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata mayat wanita berkenaan dijumpai anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jitra pada 10.30 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Jitra.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 7:08 PM