TUNKU Ismail Sultan Ibrahim. FOTO fail NSTP Zulkarnain Ahmad Tajuddin
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim. FOTO fail NSTP Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Rudy Fazrunisyam Samarudin


Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia berdebat dengan mana-mana individu dan organisasi yang tidak bersetuju dengan kenyataannya berhubung bola sepak negara.

Dalam muat naik Johor Southern Tigers hari ini, pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menyatakan kesediaan untuk berdebat secara siaran langsung di televisyen mengenai polisi, projek, korupsi dan apa sahaja berkaitan isu bola sepak negara.

Titahnya, berada dalam penafian tidak akan meletakkan anda di mana-mana dalam kehidupan.

"Beberapa pegawai dan peminat bola sepak Malaysia menafikan hakikat itu tetapi seluruh dunia mengenali potensi saya, wawasan dan pencapaian.

"Itulah sebabnya mereka sanggup bekerja dengan saya dan bukan orang lain yang terlibat dalam bola sepak Malaysia," titahnya.

Tunku Ismail bertitah, bola sepak negara ini semakin mundur bukan hanya kerana rasuah tetapi juga kerana mentaliti segelintir penyokong, kelab, media dan laman media sosial.

"Itu adalah kerana anda lebih tertumpu kepada perkara kecil daripada gambaran yang lebih besar untuk bergerak ke hadapan," titahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 6:27 PM