FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Abd Rahman Adam


Kuching: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Taman Malihah, Matang, di sini, mencatat penurunan dengan jumlah mangsa di Dewan Sinaran Lumut, Matang, kekal 28 mangsa daripada tujuh keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Dua pusat pemindahan baru iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sri Datuk Hj Mohamad dan Dewan Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa juga sudah dibuka, namun setakat ini belum ada mangsa dipindahkan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, setakat jam 8 pagi tadi, hanya 464 mangsa daripada 100 keluarga masih berada di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Taman Malihah.

Katanya, di kawasan Rantau Panjang, Batu Kawa, air melebihi paras normal, namun belum melebihi tahap bahaya.

"Kita sudah maklumkan kepada penduduk di kawasan terbabit supaya berhati-hati dan berpindah sekiranya keadaan merbahaya.

"Keadaan mungkin bertambah teruk daripada semalam sekiranya hujan lebat berterusan di kawasan terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 10:42 AM