AFP

Manchester: Penyokong Manchester City berpeluang awal untuk mengucapkan selamat jalan kepada Manual Pellegrini apabila bakal melayan kunjungan Leicester pada pertemuan penting dalam menentukan pasukan mana lebih layak menjulang Liga Perdana musim ini.

Selepas pengumuman yang menyatakan Pellegrini akan digantikan jurulatih Bayern Munich Pep Guardiola hujung musim ini, pertemuan malam ini dianggap paling penting apatah lagi turut menampilkan dua pemain paling berpengaruh ketika ini - Sergio Aguero dan Jamie Vardy.

Tetapi Pellegrini yang menerima pelbagai reaksi daripada penyokong City selepas menang ke atas Sunderland, Rabu lalu, pasti menjadi tumpuan kerana beliau akan tampil di depan penyokong sendiri buat kali pertama sejak pengumuman berkenaan.

Ada spekulasi menyatakan keputusan City untuk tidak memperbaharui kontrak Pellegrini yang tamat hujung musim ini mungkin merosakkan peluang kelab itu yang masih bersaing, untuk menamatkan musim dalam kelompok teratas.

Tetapi persembahan City di Sunderland Khamis lalu memberi petanda mereka tidak terjejas dengan pengumuman berkenaan dan semua pemain dilihat menumpukan perhatian dengan baik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 6:21 AM