NAURAJ
NAURAJ
BADRUL
BADRUL
HAKIMI
HAKIMI
Oleh Aida Adilah Mat dan Saiful Affendy Sapran dan Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Kriteria pemilihan yang ketat menyaksikan atlet olahraga negara tidak disenaraikan dalam Program Podium.

Bagaimanapun ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas berkata perjumpaan bersama Pengarah Program Podium Tim Newenham akan berlangsung Jumaat ini dalam usaha menyenaraikan Muhammad Hakimi Ismail, Mohd Irfan Samsuddin dan Nauraj Singh ke dalam program itu.

Katanya, pemilihan atlet dibuat berdasarkan kriteria mereka yang berjaya di temasya utama seperti Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik, namun tiada atlet olahraga negara cemerlang pada peringkat itu.

“Kita tahu pada ketika ini barisan atlet olahraga negara sedang membina kembali keyakinan untuk mengembalikan kegemilangan mereka di pentas antarabangsa. 

“Apabila tidak disenaraikan jadi mereka perlu berusaha lebih keras bagi membuktikan berhak disenaraikan dalam program,” katanya.

Mengulas mengenai perjumpaan bersama Newenham, Zainal berkata, beliau akan berusaha meyakinkan kemampuan Hakimi, Nauraj, dan Irfan yang memenangi pingat emas Sukan SEA Singapura bagi disenaraikan dalam Program Podium. 

Katanya, Hakimi mencipta rekod baru temasya dan menghampiri catatan ke Olimpik dengan atlet pecut negara, Badrul Hisyam Abdul Manap yang melakukan 10.29 saat di Brunei turut menghampiri catatan kelayakan 10.16s.

Menurutnya. penyerapan atlet olahraga negara ke dalam program perlu agar mereka diberikan pendedahan dan lebih penelitian oleh Institut Sukan Negara (ISN) bagi membantu meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 7:27 AM