Aplikasi Hotels.com adalah alternatif terbaik yang menawarkan cara mudah, cepat dan selamat untuk menempah hotel anda dengan sempurna.

Ia menawarkan keperluan untuk merancang dan menguruskan penginapan hotel dengan tawaran menarik termasuk ‘harga rahsia’ untuk ahli dan diskaun sehingga 10 peratus bagi yang membuat tempahan melalui Android.

Selain itu, ia turut menawarkan akses dengan hanya satu klik pada skrin utama untuk ke laman tempahan paling popular seperti tawaran berdekatan anda, simpan hotel, mencari tempahan dan ganjaran Hotels.comT.

Anda juga boleh menyimpan semua hotel kegemaran dan bandingkan antara ciri-ciri dan harga untuk mendapatkan hotel terbaik serta boleh menggunakan paparan peta yang disediakan untuk mencari semua hotel di sekeliling anda.

Bagi aplikasi Hotels.comT untuk peranti iPhone 6s dan iPhone 6s Plus, pengguna kini dapat menikmati pengalaman baru dengan menggunakan teknologi sentuhan 3D inovatif untuk mempercepatkan proses tempahan.

Malah, anda boleh memilih untuk membuat bayaran sama ada ketika menempah secara dalam talian mahupun apabila menginap di hotel. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kekeliruan, Hotels.comT bersedia membantu anda 24/7 melalui talian sokongan pelanggan yang terdapat pada aplikasi terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 10:39 AM