PEGAWAI KPDNKK memeriksa  beg tangan  dipercayai palsu yang dijual di Jalan Petaling.
PEGAWAI KPDNKK memeriksa beg tangan dipercayai palsu yang dijual di Jalan Petaling.
Oleh Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Kawasan ‘panas’ Jalan Petaling di sini, yang menjadi lubuk menjual barangan tiruan digempur pihak berkuasa semalam, selepas peniaga dikesan masih aktif menipu pelancong asing.

Malah, peniaga dikesan turut mengadakan promosi diskaun barangan tiruan sempena perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, sepasukan anggotanya menyerbu empat premis perniagaan di kawasan itu hasil risikan sejak seminggu lalu.

Dalam operasi jam 1 petang, pegawai penguatkuasa KPDNKK terpaksa menyamar sebagai pengunjung terlebih dahulu berikutan kawasan itu dikawal ketat tonto.

“Siasatan mendapati premis yang diserbu menjual beg jenama terkemuka palsu antaranya Gucci, Chanel dan Louis Vuitton.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 7:21 AM