SITI Hazwani memangku anaknya Muhammad Aqil Tahfiz ketika menyambut jenazah suaminyaFOTO Fariz Iswadi Ismail
SITI Hazwani memangku anaknya Muhammad Aqil Tahfiz ketika menyambut jenazah suaminyaFOTO Fariz Iswadi Ismail
JENAZAH Kapten Hasman selamat tiba di Kompleks MAS Kargo KLIA. FOTO Fariz Iswadi Ismail
JENAZAH Kapten Hasman selamat tiba di Kompleks MAS Kargo KLIA. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Oleh Siti A'isyah Sukaimi


Sepang: Suasana hiba menyelubungi ketibaan jenazah Allahyarham Kapten Hasman Hussin di Kompleks MASkargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Jenazah tiba pada 1.18 tengah hari dari Amerika Syarikat (AS) menggunakan pesawat China Airlines dengan transit di Taipei, Taiwan terlebih dahulu.

Ketibaan jenazah disambut isterinya, Siti Hazwani Ahmad, 29, anak serta ahli keluarga yang lain.

Hadir sama menyambut ketibaan jenazah adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Selepas itu, jenazah diusung ke dalam van dan bergerak ke Melaka sebelum disembahyangkan di Surau Al Syuhada, Kem Terendak dan dikebumikan di Kampung Solok Air Batu, Durian Daun, Masjid Tanah.

Turut mengiringi jenazah, isteri Allahyarham dan anak sulung mereka, Muhammad Aqil Tahfisz berusia tiga tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 3:08 PM