WAN Hassan menunjukkan sebahagian paip yang dirampas bersama mercun buatan sendiri dan beberapa paket dadah. FOTO Amir Irsyad Omar
WAN Hassan menunjukkan sebahagian paip yang dirampas bersama mercun buatan sendiri dan beberapa paket dadah. FOTO Amir Irsyad Omar
Oleh Shamsul Munir Safini


Nibong Tebal: Lelaki, 43, ditahan bersama empat bahan letupan (IED) diubahsuai daripada paip PVC dalam serbuan polis di Taman Tasik Mutiara, Simpang Empat, Nibong Tebal, semalam.

Dalam serbuan 1 tengah hari itu, polis juga menemui dadah jenis syabu seberat 4 gram bersama suspek.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya percaya bahan letupan bersaiz 20 sentimeter (cm) panjang dan 7 cm lebar itu digunakan suspek untuk membuat ugutan dan tujuan jenayah lain.

Wan Hassan berkata, pihaknya juga menemui tujuh lagi paip PVC yang masih sedang disiapkan untuk dijadikan bahan letupan.

Katanya, suspek dipercayai mengubahsuai karbaid daripada mercun yang yang boleh menghasilkan letupan sejauh 33 meter itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 1:38 PM