Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa  untuk dihantar ke Hospital Yan. FOTO ihsan JBPM
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Yan. FOTO ihsan JBPM
Oleh Nur Syazwana Mansor


Gurun: Lelaki berusia 52 tahun maut selepas terjatuh dari cerun bukit setinggi 15 meter berdekatan tapak perkhemahan Taman Rimba, Gunung Jerai, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 4 petang dan mangsa dikenali sebagai Ishak Ibrahim berasal dari Kampung Lahar Tiang, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak Penolong Penguasa Bomba Safuwan Md Saad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.32 petang dan seramai lapan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki terjatuh dari cerun bukit dan meninggal dunia.

"Usaha mengeluarkan mangsa dari cerun mengambil masa lebih satu jam sebelum mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2016 @ 8:18 PM