ANTARA premis yang diserbu STAGG. FOTO ihsan PDRM
ANTARA premis yang diserbu STAGG. FOTO ihsan PDRM
Oleh Na'imah Mohamed


Shah Alam: Empat premis perjudian dalam talian diserbu Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman di Taman Sri Muda, di sini, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira 8 malam itu, enam penjaga termasuk dua wanita dan tiga kaki judi ditahan ketika leka berjudi.

Serbuan yang diketuai Superintendan Zaihairul Idrus dengan lima pegawai dan 12 anggota itu turut merampas 73 unit mesin judi serta wang tunai RM1,027.

Menurut sumber, risikan selama dua minggu dijalankan terhadap premis berkenaan hasil maklumat orang ramai.

"Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk siasatan lanjut," katanyANTARA premis yang diserbu STAGG.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 5:18 PM