Muhammad Shahril Mazrie Saidi,10 dan Mohamad Narul Aiman Nasir,15, membersih lumpur dan pasir di rumah mereka selepas air banjir surut hari ini di Kampung Teladas, Air Putih,Kemaman. FOTO Aswadi Alias
Muhammad Shahril Mazrie Saidi,10 dan Mohamad Narul Aiman Nasir,15, membersih lumpur dan pasir di rumah mereka selepas air banjir surut hari ini di Kampung Teladas, Air Putih,Kemaman. FOTO Aswadi Alias
Oleh Isma Ismail

Kuala Terengganu: Paras air di Sungai Tebak, Kemaman masih mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 18.53 meter pada 1 tengah hari tadi walaupun menurun berbanding 20 meter kira-kira 12 jam lalu.

Bacaan itu melebihi paras bahaya yang ditetapkan di kawasan berkenaan iaitu 18.50 meter.

Berdasarkan kenyataan banjir Negeri Terengganu di laman web etindakan.terengganu.gov.my, Sungai Dungun di Kuala Jengai pula mencatatkan bacaan melebihi paras amaran 20.25 meter iaitu 23.26 meter ketika tengah hari tadi.

Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih dan Rumah Pam Paya Paman di Kemaman mencatatkan bacaan melebihi paras berjaga-jaga 12.50 meter dan 3 meter.

Bacaan di Jambatan Air Putih mencatatkan 13.13 meter, manakala di Rumah Pam Paya Paman 3.41 meter.

Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun juga mencatatkan bacaan melebihi paras berjaga-jaga 10.90 meter iaitu 11.62 meter pada 1 tengah hari tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 3:43 PM