Gambar lambaian terakhir tang dimuat  naik pada 19 April semasa kru dan pesawat berkenaan berlepas ke Pangkalan TLDM Lumut. FOTO Ihsan Facebook 503 Skuadron
Gambar lambaian terakhir tang dimuat naik pada 19 April semasa kru dan pesawat berkenaan berlepas ke Pangkalan TLDM Lumut. FOTO Ihsan Facebook 503 Skuadron
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: 'Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min (admin) masih mampu bersangka baik'.

Ayat berkenaan merupakan kapsyen terakhir yang di muat naik bersama gambar pesawat HOM AW139 menerusi akaun Facebook 503 Skuadron pada 19 April lalu.

Lebih menyedihkan kapsyen itu dimuat naik bersama gambar lima kru melambai ke arah pesawat berkenaan sebelum ia berlepas ke Lumut, Perak.

Berdasarkan hantaran itu, Skuadron 503 merupakan skuadron penerbangan TLDM yang menghantar sembilan kru dan 11 juruteknik ke Lumut bagi menyertai latihan serta raptai sempena perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan kesejahteraan kesemua mangsa serta ahli keluarga mereka supaya dipermudahkan segala urusan dalam ruangan komen hantaran itu.

"Ya Allah, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematiannya, permudahkan segala urusannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

"Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

"Semoga reda dan diberi kekuatan untuk semua waris yang terbabitt. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan warga Navy amnya.

"Ya Allah…suasana sunyi skuadron nanti. Salam takziah untuk semua yang terbabit," antara komen-komen netizen di Facebook hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 3:24 PM