BANGUNAN Kementerian Luar Negeri. FOTO Arkib NSTP
BANGUNAN Kementerian Luar Negeri. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Putrajaya: Malaysia sedang memantau rapi perkembangan di Timur Tengah susulan ketegangan terbaharu di antara Iran dan Israel dan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya di rantau berkenaan.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata akibat keadaan yang semakin tegang, beberapa negara termasuk Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq telah menutup ruang udara mereka.

"Warganegara Malaysia di negara berkenaan perlu bersedia menghadapi gangguan pada jadual penerbangan dan merancang perjalanan mereka sewajarnya," katanya.

Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia di rantau itu supaya sentiasa berwaspada dan mengetahui perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan itu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan ketika berada di rantau itu boleh menghubungi kedutaan atau konsulat Malaysia terdekat seperti butiran berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran: No 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau di talian : +98 21 880724444 atau +98 21 88078606. E-mel : [email protected] dan [email protected].

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan: No. 5, Hassan Al Kayed street, off Abai street, Abdoun, Amman 11183, Jordan. atau di talian : +962 6590 2400 atau +962 78590 2400. E-mel: [email protected] dan [email protected].

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan: Lot 170, Saad Zaghloul street, Downtown, Beirut, Lubnan atau di talian : +961 71 380 063 atau +961 7677 2527. E-mel: [email protected].

Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq: Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi street, Al Jadria, Baghdad, Iraq atau di talian : +964 786 497 0086 atau +964 786 497 0087. E-mel: [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 6:50 PM