Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Sheik Azahar Sheik Omar  ketika hadir di Balai Polis Jeram Perdah, di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Sheik Azahar Sheik Omar ketika hadir di Balai Polis Jeram Perdah, di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Syaherah Mustafa


Pasir Mas: Seramai 379 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand melalui Ops Taring Wawasan bermula Januari sehingga Mac, tahun ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Sheik Azahar Sheik Omar, berkata jumlah itu membabitkan seramai 322 lelaki dan 57 wanita daripada pelbagai negara.

Katanya, PATI yang ditahan adalah majoritinya daripada Myanmar manakala selebihnya adalah warga Thailand, Bangladesh, Pakistan, Kemboja,

China dan India.

"Mereka memasuki negara melalui pangkalan haram dengan pelbagai tujuan termasuk mencari peluang pekerjaan bukan sahaja di Kelantan malah seluruh negara dalam pelbagai sektor termasuk pembinaan.

" Sebanyak 16 pos statik, lima Sekatan Jalan Raya (SJR) dan tujuh sekat pintas diadakan di sepanjang kawasan sempadan termasuk laluan tikut bagi mengekang penyeludan PATI serta barangan lain.

"PGA melalui Batalion 7, Batalion 8 dan Batalion 9 menjalankan perkhidmatan dengan baik melalui Ops Taring Wawasan bagi mengekang ketirisan jenayah rentas sempadan terutama berkaitan penyeludupan PATI," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan biskut Raya kepada petugas di Balai Polis Jeram Perdah, di sini, hari ini.

Sheik Azahar berkata, pihaknya menjangkakan lebih banyak lagi cubaan seludup pati dijalankan di sepanjang Sungai Golok, di sini, pelbagai strategi sudah dirangka bagi mengekanga kegiatan terbabit.

"Kerjasama dengan agensi penguatkuasa lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut membanti dalam berkongsi maklumat penting.

"Penyeludup PATI menggunakan pelbagai taktik atau modus operandi (MO) untuk menjalankan kegiatan mereka, namun anggota sentiasa peka supaya dapat membanteras kegiatan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2024 @ 4:09 PM