Khaw Kok Chin (tiga dari kiri) menunjukkan merampasan dadah jenis ganja sebanyak 21 kilogram yang bernilai RM66,000 pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG​
Khaw Kok Chin (tiga dari kiri) menunjukkan merampasan dadah jenis ganja sebanyak 21 kilogram yang bernilai RM66,000 pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG​
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket pengedaran 'jantung ganja' bernilai RM66,000 menerusi tiga serbuan berasingan yang dijalankan di sekitar daerah Timur Laut di sini, semalam.

Serbuan menerusi operasi terancang itu turut menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 28 hingga 41 tahun kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dua suspek pertama ditahan di kawasan parkir kereta di Georgetown dan merampas kotak yang mengandungi lima ketulan mampat dadah jenis ganja dengan anggaran berat lima kilogram.

Manakala suspek ketiga yang dipercayai bertindak sebagai ketua sindiket pula ditahan dalam serbuan terhadap kondominium di Tanjung Tokong.

"Berpandukan maklumat daripada suspek, polis kemudian menyerbu sebuah kondominium sewa di kawasan sama dan menahan seorang wanita serta merampas kotak plastik yang mengandungi 12 kg ketulan mampat daun kering serta plastik berisi dadah jenis ganja seberat empat kg.

"Turut dirampas ialah pucuk ganja yang dikenali sebagai jantung ganja dan permintaannya adalah lebih tinggi serta lebih mahal daripada ganja biasa di pasaran iaitu sekitar RM5,000 sekilogram namun pengeluarannya terhad," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Kok Chin berkata, hasil risikan mendapati sindiket berkenaan aktif sejak September tahun lalu bagi pasaran tempatan dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai RM50,000 penagih dadah.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada suspek didapati positif dadah dan seorang daripada mereka mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

"Suspek pertama dan kedua dipercayai bertindak sebagai 'runner' dalam kegiatan ini manakala suspek ketiga dan wanita berkenaan adalah pasangan suami isteri.

"Kesemua mereka direman selama tujuh hari sehingga 14 Mac ini dan tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Hartak 1988 yang mana polis turut menyita dua kenderaan.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta bernilai RM78,500 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya lagi.

Dalam perkembangan lanjut Kok Chin berkata, sejak Januari hingga semalam, seramai 4,577 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkait dadah dengan nilai rampasan sebanyak RM1.61 juta dan sitaan RM923,04.36.

"Seramai 523 ditahan membabitkan bekalan, memiliki (1,231, Akta Racun (244), penagih (2,551), Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LPPK) (28) dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 sebanyak 88 pertuduhan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2024 @ 5:35 PM