GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 12 kawasan di empat negeri diramalkan mengalami suhu panas tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut mulai hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kawasan terbabit ialah Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap Sik, Baling serta Kulim.

Selain itu, Kuala Kangsar, Perak dan Beaufort, Sabah.

Dalam pada itu, semua kawasan lain diramal mengalami suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2024 @ 8:04 PM