Dr Dzulkefly menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Kanser Sedunia di Universiti Cyberjaya hari ini. FOTO BERNAMA
Dr Dzulkefly menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Kanser Sedunia di Universiti Cyberjaya hari ini. FOTO BERNAMA
Samadi Ahmad


Cyberjaya: Tempoh menunggu bagi rawatan pesakit kanser di hospital kerajaan akan mengambil tempoh masa selama sebulan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun sekiranya pesakit itu dikenal pasti berdepan kecemasan rawatan akan dilakukan dengan segera.

Menurutnya, bagaimanapun ia bergantung kepada agensi perubatan KKM yang terbabit dan kes dilaporkan kerana jika terlalu gawat dan memerlukan pembedahan.

Katanya, selain hospital kerajaan KKM juga mengadakan kerjasama dengan hospital swasta bagi merawat pesakit yang berdepan kecemasan.

"Ketika ini KKM menyediakan sembilan pusat onkologi di seluruh negara bagi membantu pesakit membuat rawatan kanser," katanya pada Majlis Sambutan Hari Kanser Se Dunia di Universiti Cyberjaya di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi.

Antara hospital menyediakan rawatan kanser terdiri dari Institut Kanser Negara (IKN), Hospital Pulau Pinang,Hospital Johor Bharu, Hospital Umum Sarawak, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Dzulkefly berkata, KKM sentiasa berusaha bagi memastikan setiap insan berpeluang mendapat akses kepada penjagaan kanser yang berkualiti dan tidak mengira apa juga keadaan setiap individu berhak mendapat peluang terbaik untuk melawan penyakit ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Februari 2024 @ 2:56 PM