GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Beberapa kawasan di tengah dan selatan Sarawak, selain Semenanjung dijangka mengalami penumpuan angin yang berpotensi menyebabkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu dijangka berlaku pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke awal pagi berdasarkan analisis model-model cuaca.

"Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang turut berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung dan Sabah.

"METMalaysia turut menjangkakan cuaca kering dan panas berlaku di negeri utara Semenanjung dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius sehingga 5 ," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Antara kawasan dijangka berhadapan cuaca itu hingga 7 malam ini adalah Perak di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim; Pahang (Bentong); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Kuala Lumpur; dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah).

Kawasan di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Betong dan Sibu.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Februari 2024 @ 4:49 PM