Johari.
Johari.
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim, pertemuan itu berlangsung di Istana Negara.

Johari dalam hantaran menerusi akaun Facebooknya menyatakan pihaknya memaklumkan kepada baginda mengenai persiapan Parlimen Malaysia serta urusan Dewan Rakyat yang bakal berlangsung bermula 26 Februari ini.

"Saya menyembah maklum kepada baginda berkenaan persiapan Parlimen Malaysia serta urusan Dewan Rakyat yang bakal berlangsung bermula 26 Februari ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Februari 2024 @ 3:49 PM